Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ter.ta.wa.kan] | منترتاواکن

Definisi : 1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan: murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yg ditertawakan oleh gurunya itu; 2. tertawa terhadap sesuatu: dia ditertawakan kerana kelucuannya; 3. tertawa kerana melihat se-suatu, mengejek, mencemuh: Fakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah; dia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ter.ta.wa.kan] | منترتاواکن

Definisi : 1 menjadikan atau menyebabkan tertawa: Kelakuannya itu ~ temannya. 2 tertawa akan; tertawa terhadap: Dia ~ kelakuan anaknya yg lucu itu. 3 tertawa dgn sikap mengejek atau menghina: Janganlah suka ~ orang cacat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawa
Kata Terbitan : ketawa, mengetawakan, mentertawakan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
paloi, *palui* Ib, MSrbodoh.Lagipun kalau Umbai tahu aku berbuat begitu, percuma aku dikatakannya paloi atau tembap dan lebih menyedihkan dan membencikan lagi kalau dia terus mentertawakan aku.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tembap, *tambap* Ibbodoh.Kerja begitu kerja budak-budak mentah. Budak-budak yang bertindak mengikut fikiran. Lagipun kalau Umbai tahu aku berbuat begitu, percuma aku dikatakannya paloi atau tembap dan lebih menyedihkan dan membencikan lagi kalau dia terus mentertawakan aku.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas