Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : ~ api sj burung, punai lembu, Macro­pygia ruficeps; ~ api besar = ~ api gunung, Macropygia unchall; ~ jerum sj burung, ketitir, merbuk, Streptopelia chinensis; ~ merbuk sj burung, balam, ketitir, merbuk, Geopelia striata; paksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka prb sesuatu yg selalu dicita-citakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : nama sj burung, Macrophy­gia ruficeps malayana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekukur

Puisi
 

Tekukur terbang seratus,
     Hinggap mari di kayu jati;
Sudah kuukur serta kupirus,
     Jangan si malai berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Paksa tekukur padi rebah,
     paksa tikus lengkiang terbuka.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kelabu Ibsejenis burung seperti burung tekukur tetapi warnanya kelabu. Kehadirannya dipercayai akan membawa pertanda (sama ada baik atau buruk mengikut keadaan).Semasa menyabung dan ada pula mendengar bunyi burung kelabu dari sebelah kanan gelanggang sabung, ini juga baik. Ia menandakan mata ayam orang yang dilawan itu kabur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas