kelabu Ib | sejenis burung seperti burung tekukur tetapi warnanya kelabu. Kehadirannya dipercayai akan membawa pertanda (sama ada baik atau buruk mengikut keadaan). | Semasa menyabung dan ada pula mendengar bunyi burung kelabu dari sebelah kanan gelanggang sabung, ini juga baik. Ia menandakan mata ayam orang yang dilawan itu kabur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelindang Ib | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Semasa dia sudah hampir tiba di pekarangan rumah mentuanya dia mencabut sejenis rumpun paku yang disebut kelindang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pau kelasih LB | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Kalau kamu mahu mengambilnya jangan kamu pakai kayu untuk memanjatkan batu itu kerana batu itu akan mudah terbakar. Batang pau kelasih (sejenis paku-pakis yang besar dari paku biasa dan berwarna perang) itu yang baik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berencong MBr | kain samping. | Pakaian lelaki selalunya pakaian asli orang-orang Berunai, iaitu berpakaian baju Teluk Belanga yang diperbuat daripada kain sutera sebarang warna; berencong - daripada kain satin yang berkilat warnanya, berdastar yang diperbuat daripada kain yang disulami dengan benang-benang emas yang beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
balung Bj Sm | sejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan). | Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |