pasir | sand | Zarah utama tanah yang bersaiz dari 0.05 mm hingga 2.0 mm. Pasir merupakan contoh silika, dan banyak digunakan dalam pembuatan konkrit dan kaca. | Menengah Rendah |
keluli | steel | Bahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin. | Menengah Rendah |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
pecutan graviti | acceleration due to gravity | Pecutan objek yang disebabkan oleh daya tarikan bumi. Ia dikenali juga sebagai pecutan jatuh bebas atau pecutan medan graviti, dan bernilai 9.8 ms=left>-2. | Menengah Atas |
bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
fluks magnet | magnetic flux | 1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). =20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
pH | pH | Ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. =20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kaki | feet | 1. Ukuran panjang yang panjangnya dua belas inci. 2. Panjang satu kaki. =20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. =20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. =20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |