bahan magnet | magnetic material | Objek yang dapat ditarik oleh magnet. | Sekolah Rendah |
bahan kimia | chemicals | Bahan yang diperlukan dalam tindak balas kimia atau yang terhasil daripada tindak balas kimia. | Sekolah Rendah |
bahan bukan magnet | non-magnetic material | Objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet. Contohnya, getah, plastik dan kayu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan bukan konduktor | non-conductor | Bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik dan haba. | Sekolah Rendah |
bahan buangan organik | organic waste | Bahan yang tidak diperlukan sebagai bekalan nutrien badan dan tumbuhan. Contohnya, najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan mati. | Sekolah Rendah |
bahan buangan kimia | chemical waste | Bahan buangan daripada proses kimia dan biasanya dikeluarkan oleh kilang dan bidang pertanian. | Sekolah Rendah |
bahan buangan industri | industrial waste | Bahan buangan yang biasanya beracun dan mencemarkan alam, yang terhasil daripada kegiatan perindustrian. Contohnya, sebatian fluorida yang didapati daripada industri membuat aluminium. | Sekolah Rendah |
bahan buangan domestik | domestic waste | Bahan buangan dari rumah. Contohnya, botol dan surat khabar. | Sekolah Rendah |
bahan buangan | waste product | Bahan-bahan yang tidak dikehendaki dan tidak mahu disimpan. | Sekolah Rendah |
bahan api | fuel | Bahan yang boleh dibakar untuk mendapatkan tenaga dan wujud sama ada dalam bentuk pepejal seperti arang batu, cecair seperti petroleum, atau gas seperti gas asli. | Sekolah Rendah |