Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lang.gar] | برلڠݢر

Definisi : 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lang.gar] | برلڠݢر

Definisi : berhantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tenaga pengaktifanactivation energyTenaga minimum yang dipunyai oleh zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggar supaya tindak balas kimia berlaku.Menengah Atas
pergerakan BrownBrownian movementPergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair.Menengah Rendah

Kembali ke atas