Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(11)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
poikilotermapoikilothermOrganisma yang mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Contohnya, katak.Menengah Rendah
bendalirfluidBahan mengalir seperti cecair atau gas, yang berubah-ubah bentuknya mengikut bentuk bekas yang mengandunginya.Menengah Atas
haiwan berdarah sejukcold blooded animalsHaiwan yang mempunyai suhu badan yang dapat berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan reptilia, ikan dan invertebrat.Menengah Rendah
pentermokawalaturanthermoregulationMekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh.Menengah Atas
faktor pengehadlimiting factorFaktor sekitaran yang mengehadkan kadar sesuatu proses atau pertumbuhan sesuatu organisma atau populasi. Faktor ini biasanya berubah-ubah sejajar dengan perubahan persekitaran.Menengah Atas
pemboleh ubah bergerak balasresponding variablePemboleh ubah yang nilainya berubah mengikut perubahan pemboleh ubah dimanipulasikan.Menengah Atas
pemboleh ubahvariableNombor atau kuantiti yang boleh berubah.Sekolah Rendah

Kembali ke atas