Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ciri-ciri fizikalexternal featuresSifat luaran tumbuhan atau haiwan yang boleh dilihat. Contohnya, berkaki, mempunyai paruh, berakar serabut dan berbuah.Sekolah Rendah
sifatpropertyCiri-ciri yang dimiliki oleh sesuatu objek atau organisma.Sekolah Rendah
pencemaranpollutionPerubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera.Menengah Rendah
mamaliamammalHaiwan vertebrat yang mempunyai ciri-ciri seperti badan yang berbulu, mempunyai kelenjar susu dan induk betina yang melahirkan dan menyusukan anak.Menengah Rendah
fetusfoetusEmbrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas.Menengah Rendah
hormon sekssex hormoneHormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari.Menengah Rendah
spesiesspeciesGolongan haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama.Sekolah Rendah
tangki riakripple tankTangki yang digunakan untuk mengkaji ciri-ciri gelombang air. Lihat RajahMenengah Atas
hukum MendelMendel lawHukum berkenaan prinsip genetik mengenai ciri-ciri pewarisan.Menengah Atas
gas berasidacidic gasGas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid. Contohnya, karbon dioksida dan hidrogen sulfida.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas