antibodi | antibody | Protein yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit) sebagai gerak balas terhadap antigen yang dihasilkan oleh patogen yang menyerang badan. | Menengah Atas |
hormon seks | sex hormone | Hormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
sperma | sperm | Gamet yang dihasilkan oleh haiwan jantan dan individu lelaki. | Menengah Rendah |
oksida | oxide | Sebatian yang dihasilkan daripada tindak balas oksigen dengan unsur lain. Oksida dapat dikelaskan kepada beberapa kumpulan, iaitu oksida asid seperti sulfur(VI) oksida, oksida bes seperti natrium oksida dan aluminium oksida. | Menengah Rendah |
lipase | lipase | Enzim yang dihasilkan oleh pankreas dan kelenjar-kelenjar usus kecil yang berfungsi menguraikan lemak kepada gliserol dan asid lemak. | Menengah Rendah |
antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin. | Menengah Rendah |
hidroelektrik | hydroelectric | Tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan aliran air yang biasanya daripada empangan untuk menggerakkan turbin yang memberikan tenaga kepada penjana. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cuka | vinegar | Cecair berasid yang dihasilkan daripada proses penapaian semula jadi dan biasanya digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa. | Sekolah Rendah |
antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau menghapuskan mikroorganisma lain. | Sekolah Rendah |
gelombang | wave | Fenomena fizik yang dihasilkan oleh getaran dan ia memindahkan tenaga tanpa membawa zarah medium semasa perambatan. | Menengah Atas |