ralat bersistem | systematic error | Ralat yang mengalihkan semua pengukuran ke arah yang tertentu disebabkan oleh alat pengukur tidak ditentukur dengan betul, alat pengukur tidak digunakan dengan betul atau tidak mengambil kira ralat sifar alat pengukur. | Menengah Atas |
litar bersiri | series circuit | Litar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
vena kava | vena cava | Salur darah yang mengalirkan semua darah dari seluruh badan ke atrium kanan jantung. | Menengah Rendah |
gelombang satah | plane wave | Gelombang yang semua kedudukan perbatasan gelombangnya membentuk satah selari yang normal ke arah perambatan. | Menengah Atas |