Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengeluarproducerOrganisma yang menghasilkan makanannya sendiri. Contohnya, tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.Menengah Rendah
pengeluarproducerOrganisma autotrof, biasanya tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis dalam ekosistem, yang mensintesis bahan organik daripada bahan bukan organik.Menengah Atas
pengeluarproducerOrganisma yang boleh menghasilkan makanannya sendiri. Pengeluar terdiri daripada tumbuh-tumbuhan.Sekolah Rendah
rantai makananfood chainPemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. Lihat RajahMenengah Atas
pengguna primerprimary consumerOrganisma yang terdiri daripada haiwan herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan (pengeluar). Contohnya, lembu, kambing dan kuda.Menengah Rendah
transistortransistorPeranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak.Menengah Atas
pengguna sekundersecondary consumerOrganisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar.Menengah Rendah

Kembali ke atas