Glosari Sains Untuk Sekolah
hemoglobin abnormal | abnormal haemoglobin | Molekul hemoglobin yang berbeza bentuk disebabkan oleh jujukan asid amino yang diubah suai (biasanya disebabkan oleh jujukan asas DNA yang terubah suai), seperti pada penyakit warisan, iaitu anemia sel sabit. | Menengah Atas |
anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |
Kembali ke atas