ammonia | ammonia | Gas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali yang mengandungi ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, penyediaan bahan letupan, dan untuk membuat baja kimia. Formulanya, NH3. | Menengah Atas |
alkohol | alcohol | Sebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contohnya, metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan organik lain. Formulanya, CnH2n +1OH. | Menengah Atas |
alkohol | alcohol | Sebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contoh alkohol ialah metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan asas bagi penyediaan sebatian organik lain. | Menengah Rendah |
nitrogen | nitrogen | Unsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N. | Menengah Rendah |