plag tiga pin | three-pin plug | Alat atau suis yang mempunyai tiga pin yang digunakan untuk menghubungkan peralatan elektrik kepada sumber kuasa. | Menengah Rendah |
kamera lubang jarum | pin hole camera | Kamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kod warna antarabangsa | international colour code | Kod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat Rajah | Menengah Rendah |