sistem autonomik | autonomic system | Sistem saraf yang mengawal atur aktiviti otot kardium, otot licin dan kelenjar. Sistem saraf ini terdiri daripada saraf simpatetik, sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf enterik. | Menengah Atas |
sistem saraf | nervous system | Sistem yang terdiri daripada sel saraf yang membolehkan penyelarasan maklumat dari pelbagai sumber ke penerima dan menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Sistem ini terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. | Menengah Rendah |
neuron | neurone | Unit asas sistem saraf yang membawa maklumat. | Menengah Atas |
tindakan refleks | reflex action | Gerak balas spontan sistem saraf terhadap rangsangan. | Menengah Atas |
asetilkolina | acetylcholine | Salah satu neuropemancar utama dalam sistem saraf vertebrata. | Menengah Atas |
neuron motor | motor neurone | Neuron yang menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke organ efektor seperti otot atau kelenjar. | Menengah Atas |
neuron deria | sensory neurone | Neuron yang membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf. | Menengah Atas |
adrenalina | adrenaline | Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal. Adrenalina terhasil daripada rangsangan sistem saraf yang dipengaruhi oleh keadaan cemas atau takut. | Menengah Atas |