natrium | sodium | Unsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na. | Menengah Rendah |
natrium hidroksida | sodium hydroxide | Pepejal yang berwarna putih, menyerap air dan karbon dioksida daripada udara, larut dalam air, alkohol dan gliserol. Natrium hidroksida digunakan dalam pembuatan bahan kimia, kertas, aluminium, sabun dan sebagai bahan uji makmal. Formula NaOH. | Menengah Rendah |