Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.jas] | ترججس

Definisi : (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.jas] | ترججس

Definisi : menerima kesan (biasanya tidak baik) atau rosak; terganggu: Semasa memindahkan bibit itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejas
Kata Terbitan : berjejas, menjejaskan, terjejas,

Peribahasa

149

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Akan mengaji, surat ‘lah hilang; akan bertanya, guru ‘lah mati

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti akan mengaji, surat ‘lah hilang; akan bertanya, guru ‘lah mati .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
peparu besiiron lungPeranti mekanikal yang membolehkan pesakit bernafas apabila otot kawalan yang normal menjadi lumpuh atau sistem pernafasan pesakit terjejas.Menengah Atas

Kembali ke atas