Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.ru.tan] | برتوروتن

Definisi : 1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
berturutanconsecutivePerihal sekumpulan sebutan yang berturut-turut dalam sesuatu jujukan. Contohnya, 5, 6, 7, 8 merupakan 4 nombor asli berturutan.Menengah Rendah
nombor berturutanconsecutive numberNombor yang mengikuti antara satu dengan lain dalam tertib tertentu.Menengah Rendah
nisbah sepunyacommon ratioNisbah antara setiap dua sebutan yang berturutan dalam sesuatu urutan geometri.Menengah Rendah

Kembali ke atas