| perseribu | thousandth | Perihal nombor yang dibahagikan dengan 1000. | Menengah Atas |
| gandaan | multiple | Nombor yang boleh dibahagikan dengan tepat oleh satu nombor yang lain. Contohnya, 10, 15, 20, ... merupakan gandaan bagi 5. | Menengah Rendah |
| sukuan | quadrant | Bahagian pada satah yang dibahagikan kepada empat bahagian oleh paksi-x dan paksi-y serta dilabelkan mengikut arah lawan jam. | Menengah Atas |
| min | mean | Nilai yang diperoleh apabila jumlah kuantiti dibahagikan dengan bilangan kuantiti dalam data. | Menengah Atas |
| hasil bahagi | quotient | Nilai yang diperoleh apabila satu angka dibahagikan dengan satu angka yang lain. Contohnya, hasil bahagi 64 ÷ 4 ialah 16. | Menengah Atas |
| purata | average | Nilai yang diperoleh apabila jumlah sesuatu kuantiti dibahagikan dengan bilangan kuantiti tersebut. | Menengah Rendah |
| min | mean | Nilai yang diperoleh apabila jumlah nilai data dibahagikan dengan bilangan data. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| baki | remainder | Sebarang nilai yang tinggal apabila satu nombor dibahagikan dengan satu nombor yang lain. Contohnya, 7 ÷3 = 2 dengan baki 1 . Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| nombor ganjil | odd number | Nombor bulat yang mempunyai baki satu apabila dibahagikan dengan dua. Contoh, 1, 3, 7, 9, 11, 13, 15, … | Sekolah Rendah |
| ujian kebolehbahagian | divisibility test | Ujian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3. | Menengah Atas |