| sewa | rent | Wang yang perlu dibayar kerana memakai atau menggunakan sesuatu yang bukan milik sendiri seperti pakaian, kereta, rumah, kedai, atau pejabat. | Sekolah Rendah |
| hutang | debt | Pinjaman yang perlu dibayar oleh seseorang. | Sekolah Rendah |
| cukai | tax | Wang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| upah | wage | Bayaran yang diterima atau dibayar untuk kerja atau perkhidmatan yang dilakukan. | Sekolah Rendah |
| liabiliti | liability | Hutang atau tanggungan yang perlu dibayar oleh individu atau sesebuah syarikat kepada pihak yang lain. | Sekolah Rendah |
| cukai perkhidmatan | service tax | Cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel dan restoran makanan segera. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| tunai | cash | Wang kertas atau wang syiling yang dibayar secara terus untuk membeli barang atau perkhidmatan. | Sekolah Rendah |
| harga jual | selling price | Harga sesuatu barang yang perlu dibayar oleh pembeli. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| pinjaman | loan | Wang pembiayaan untuk sesuatu tujuan yang diterima daripada institusi kewangan dan dikenakan faedah. Pinjaman biasanya akan dibayar secara ansuran. Pinjaman dikenali juga sebagai hutang. | Sekolah Rendah |
| faedah | interest | 1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu. | Menengah Atas |