| fungsi | function | Hubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |
| fungsi trigonometri | trigonometric function | Fungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| fungsi linear | linear function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. Lihat rajah | Menengah Atas |
| fungsi kubik | cubic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
| fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
| graf fungsi | graph of function | Graf yang terhasil daripada fungsi tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |