| merosot | decrease | Menjadi berkurangan, menurun atau semakin sedikit. | Sekolah Rendah |
| tokok | increase | Perubahan sesuatu menjadi lebih besar dari segi saiz, amaun atau nilai. | Menengah Atas |
| paksi pantulan | reflection axis | Garis yang menjadi paksi pembalikan titik-titik objek pada sesuatu satah dan menghasilkan imej pada sisi yang bertentangan. | Menengah Rendah |
| titik tak berubah | invariant point | 1. Titik yang menjadi nilai kepada titik itu sendiri berdasarkan fungsinya. 2. Titik yang kekal sama kedudukannya selepas proses penjelmaan. | Menengah Atas |
| pusat pembesaran | centre of enlargement | Titik tetap yang menjadi punca unjuran sesuatu imej. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| pemboleh ubah bersandar | dependent variable | Pemboleh ubah yang menjadi perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan P ialah pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |
| paksi koordinat | coordinate axis | Dua garis yang serenjang, yang menjadi rujukan kepada kedudukan setiap titik dalam satah. Dengan itu, sistem koordinat Cartes terbentuk. | Menengah Rendah |
| set semesta | universal set | Set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x. | Menengah Atas |
| songsang sisi | laterally inverted | Perihal imej cermin yang sebelah kanan objek menjadi sebelah kiri imej dan sebaliknya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| sifar | zero | 1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0. | Menengah Rendah |