| unimod | unimodal | Perihal taburan kekerapan yang mempunyai mod tunggal. | Menengah Atas |
| terhingga | finite | Perihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang ada hadnya. | Menengah Atas |
| silang | intersect | Perihal dua garis yang memotong atau merentasi antara satu dengan yang lain. Lihat rajah | Menengah Atas |
| setara | equivalent | Perihal dua kuantiti yang mempunyai paparan yang berbeza, tetapi mempunyai nilai yang sama. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| serong | oblique | Perihal garis sendeng atau objek yang tidak menegak atau tidak mengufuk. Lihat rajah | Menengah Atas |
| serenjang | perpendicular | Perihal dua garis lurus yang bersilang pada sudut tegak. | Menengah Atas |
| seragam | uniform | Perihal sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti. | Menengah Atas |
| rawak | random | Perihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama. | Menengah Atas |
| perseribu | thousandth | Perihal nombor yang dibahagikan dengan 1000. | Menengah Atas |
| perpuluhan | decimal | Perihal pernomboran yang mewakili pecahan dengan penyebutnya 10, 100, 1000 dan seterusnya. | Menengah Atas |