| titik sentuhan | point of contact | Titik tunggal tempat dua lengkungan bersentuhan atau titik pertemuan tangen dengan lengkung. Contohnya, dua bulatan hanya boleh bersentuhan pada satu titik sentuhan. Lihat rajah | Menengah Atas |
| titik persilangan | point of intersection | Titik tempat dua atau lebih garis bersilang dan memberikan penyelesaian kepada persamaan-persamaan terlibat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| titik | point | Tanda noktah yang tidak mempunyai dimensi dan digunakan untuk menunjukkan kedudukan dalam satu satah atau ruang. | Menengah Atas |
| titik sentuhan | point of contact | Titik tempat sesuatu permukaan melengkung bersentuhan dengan garisan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| titik persilangan | point of intersection | Titik tempat dua atau lebih garisan bersilang. | Menengah Rendah |
| titik | point | Tanda seperti noktah yang tidak mempunyai dimensi yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan dalam sesuatu satah atau ruang. | Menengah Rendah |
| titik tetap | fixed point | Lihat titik tak berubah. | Menengah Atas |
| titik tak berubah | invariant point | 1. Titik yang menjadi nilai kepada titik itu sendiri berdasarkan fungsinya. 2. Titik yang kekal sama kedudukannya selepas proses penjelmaan. | Menengah Atas |
| titik pusingan | turning point | Titik pada graf yang menunjukkan tempat perubahan kecerunan tangen daripada nilai positif kepada negatif atau sebaliknya. Titik pusingan mungkin merupakan titik maksimum atau titik minimum. Lihat rajah | Menengah Atas |
| titik perpuluhan | decimal point | Tanda titik ( . ) yang memisahkan bahagian nombor bulat dengan bahagian nombor pecahan. | Menengah Atas |