| ruang sampel | sample space | Set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji. | Menengah Atas |
| sampel rawak | random sample | Sampel yang diambil secara rambang, iaitu tanpa mengikut aturan atau pola tertentu daripada sesuatu populasi. Unsur-unsur dalam sampel rawak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. | Menengah Atas |
| ruang sampel barangkali sama | equiprobable sample space | Set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji dan mempunyai peluang yang sama untuk berlaku. | Menengah Atas |