| pembesaran | enlargement | Penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu dan mempunyai pusat atau titik tetap. | Menengah Atas |
| titik tetap | fixed point | Lihat titik tak berubah. | Menengah Atas |
| simpanan tetap | fixed deposit | Wang yang disimpan di dalam akaun bank mengikut jangka masa yang ditetapkan untuk mendapatkan faedah. | Sekolah Rendah |
| malar | constant | Perihal sesuatu yang tetap atau tidak berubah nilainya. | Menengah Rendah |
| pusat putaran | centre of rotation | Titik tetap yang padanya setiap titik pada satah berputar melalui sudut dan arah tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| pusat pembesaran | centre of enlargement | Titik tetap yang menjadi punca unjuran sesuatu imej. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| pemalar | constant | Nilai sesuatu kuantiti yang tetap atau tidak berubah. Contohnya, dalam persamaan y = x + 4, nombor 4 ialah pemalar. | Menengah Rendah |
| laju seragam | uniform speed | Laju yang tetap. | Menengah Rendah |
| sesaran | displacement | Jarak vektor dari suatu titik tetap diukur dalam arah tertentu. Lihat rajah | Menengah Atas |
| pemboleh ubah | variable | Kuantiti yang nilainya tidak tetap, yang diwakili dengan simbol seperti x, y dan z, … yang boleh mengambil sebarang nilai daripada suatu set nilai tertentu. | Menengah Atas |