| implikasi | implication | Satu cadangan secara tidak langsung dalam penaakulan matematik. Tatatanda yang digunakan ialah =>. Contohnya, "Jika p ialah antejadian, q ialah akibat". | Menengah Atas |
| data tak terkumpul | ungrouped data | Data yang tidak disusun dalam bentuk pengelasan. | Menengah Rendah |
| titik tak berubah | invariant point | Titik yang kedudukannya tidak berubah dalam transformasi. | Menengah Rendah |
| tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar. | Menengah Atas |
| bankrap | bankrupt | Keadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis. | Sekolah Rendah |
| anu | unknown | Nilai atau kuantiti yang tidak diketahui dan ditulis dalam bentuk simbol atau huruf. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| pemalar | constant | Nilai sesuatu kuantiti yang tetap atau tidak berubah. Contohnya, dalam persamaan y = x + 4, nombor 4 ialah pemalar. | Menengah Rendah |
| risiko | risk | Keadaan yang tidak dijangka tentang sesuatu kerugian atau cabaran dalam perniagaan. | Sekolah Rendah |
| titik | point | Tanda noktah yang tidak mempunyai dimensi dan digunakan untuk menunjukkan kedudukan dalam satu satah atau ruang. | Menengah Atas |
| titik | point | Tanda seperti noktah yang tidak mempunyai dimensi yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan dalam sesuatu satah atau ruang. | Menengah Rendah |