Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar pendapat berserta alasan yg diberi­kan sbg menyokong atau menentang sesuatu pendirian (pandangan dsb): masing-masing mengemukakan ~ yg kuat; berhujah mengemukakan (memajukan) hujah: mereka ~ tentang manusia dan kema­nusiaan, tentang dunia, dan keduniaan; menghujah memberi hujah (sewaktu me­nen­tang atau menyanggah pendapat orang lain): “Tahan macam mana?” Haron ~; menghujahkan memberikan hujah, menge­muka­kan pendapat (pandangan, alasan): beliau ~ bahawa ancaman dr kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya; hujahan hujah: adanya pentafsir belum men­jamin ketepatan maklumat dan ~ yg diketengahkan; penghujahan perihal memberikan hujah ten­tang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan; penghujah orang yg mengemukakan hujah (biasanya dlm perbahasan): ~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl fitnah; menghujah memfitnah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keterangan yg nyata; alasan (bukti) utk menyokong atau utk menentang sesuatu pendapat dsb: Dia memberikan ~nya utk membuktikan kebenaran pendapatnya. berhujah mengemukakan atau mengeluarkan alasan atau bukti utk menentang atau utk menyokong sesuatu pendapat dsb: Dia ~ dgn panjang lebar utk mempertahankan pendapatnya. penghujah orang yg berhujah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan alasan, pandangan, bukti, dalil, pendapat, kewajaran, kerasionalan;,
Kata Terbitan : berhujah, menghujahkan, hujahan, penghujahan, penghujah,