[li.lin] | ليلين
Definisi : 1. sj bahan yg mengandungi lemak (utk dibuat dian dll): perahu ~ layarnya kertas, berani kulanggar lautan api; ~ lebah = ~ mentah = ~ sambang lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik; 2. lilin dll yg dibuat dlm bentuk silinder, diberi bersumbu dan apabila dibakar memberikan cahaya, dian: guru itu seolaholah lampu atau ~ kpd masyarakat; ke mana kelok ~, ke sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran orang yg di atasnya sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[li.lin] | ليلين
Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kelengkeng, Tringa nebularia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[li.lin] | ليلين
Definisi : 1 bahan yg berlemak dan mudah cair apabila panas: ~ lebah lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik. 2 sj suluh yg dibuat drpd lilin 1 dan bersumbu; dian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)