[mé.ter] | ميتر
Definisi : (méter) 1. ukuran panjang yg bersamaan dgn 39.37 inci; 2. = meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyaknya air (tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan bermotor utk menunjukkan kelajuan pergerakannya; 4. alat (pd teksi) utk menunjukkan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau meletakkannya pd permukaan kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mé.ter] | ميتر
Definisi : /méter/ ukuran jarak yg panjangnya 39.37 inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[mé.ter] | ميتر
Definisi : /méter/ alat utk mengukur atau utk menyukat sesuatu (jarak, jumlah yg digunakan dll): ~ air; ~ elektrik. bermeter menggunakan meter atau telah dipasang dgn meter: Perkhidmatan teksi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)