[ro.da] | رودا
Definisi : benda yg bulat (biasanya berjari-jari): ~ basikal; ~ kereta lembu; ~ angin = ~ dua Id basikal; ~ (ber)gigi roda yg bergerigi; ~ canai roda utk mencanai (mengasah) sesuatu; ~ gendeng Id, bp roda yg menggerakkan mesin; ~ kapal baling-baling kapal; ~ pandu roda (alat) utk memandu (kereta dll); ~ penghidupan pertukaran keadaan (nasib dll) dlm kehidupan; ~ tangan roda yg digerakkan dgn tangan; ~ tiga a) basikal beroda tiga; b) beca; untung sbg ~ pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya, yg kaya menjadi miskin); beroda memakai roda, ada rodanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ro.da] | رودا
Definisi : bingkai bulat berjari-jari yg dipasang pd gandar dan dpt berpusing: ~ kereta lembu; ~ basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)