[sam.bu.ngan] | سامبوڠن
Definisi : 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sam.bu.ngan] | سامبوڠن
Definisi : apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih panjang dll; tambahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)