Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat me­nyimpan damak; ~ darah badan yg me­ngumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk men­didihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, pe­nyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), periuk kera, Nepenthes spp.; bunga ~ jarum sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, nyarum-nyarum, Ixora pendula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd ruas buluh sbg tempat menyimpan sesuatu: ~ nira. 2 tempat menyimpan wang yg dibuat drpd buluh dll. 3 sesuatu yg berbentuk bulat torak; silinder: ~ gas. 4 wang derma yg dikumpulkan utk sesuatu maksud: ~ pertahanan negara. ~ damak bekas tempat me­nyimpan damak. ~ darah badan yg mengumpulkan dan menyimpan darah (di hospital dll). ~ uji tabung kaca yg digunakan dlm makmal utk membuat percubaan kimia dll. menabung menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung; menyimpan dlm tabung: Mereka ~ wang yg di­kumpulkan itu. tabungan tempat me­na­bungkan wang. penabungan per­­buatan menabungkan (wang dll); pe­nyimpanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabung (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: celengan, bumbung tukil, tarkes, kupi, bacuk, pacuk, botol, balang, geleta, takar, kendi, buyung, gurih, sulang, silinder,

2. Bersinonim dengan dana: pura, rizab, simpanan, kumpulan wang,

Kata Terbitan : menabung, menabungkan, tabungan, penabungan,

Peribahasa

Seorang budi-budian,
     seorang tabung seruas.

Bermaksud :

Dua orang yang berlainan sifatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
tube-wellsumur tabung/perigi tabungTiadaperigi tabungGeologi
blast tubetabung ledaktabung ledakantabung ldakanAeroangkasa
tubular trapsperangkap tabungperangkap tabungperangkap tabungPerikanan
vortex tubetabung pual/tabung vorteksTiadatabung vorteks/tiub vorteksFizik
image tubetabung citra/tabung santirtiub bayangan/tiub santirtiub bayangan/tiub santirKejuruteraan
bullet tubestabung peluruTiadatabung peluruPerhutanan
carbon dioxide absorber canistertabung penyerap karbon dioksidatabung penyerap karbon dioksidatabung penyerap karbon dioksidaPerubatan
image pickup tubetabung pungut citra/tabung pungut santirtiub pungut bayangan/ tiub pungut santirtiub pungut bayangan/tiub pungut santirKejuruteraan
shock tubetabung kejutTiadatabung kejut(an)/tiub kejut(an)Fizik
development funddana pembangunantabung pembangunandana/tabung pembangunanSains Politik
12345

Kembali ke atas