Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebut

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.

Bermaksud :

Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
naga’ menyebut nama seseorangjomo sama nya’ neo’ naga oron, amun tenaga’pan mesti nu tenaat tulah batu bo’aku tulahMasyarakat Bajau melarang menyebut nama seseorang secara terus, sekiranya menyebut maka hendaklah diungkapkan "tulah bo' aku tuladat resam dan yang berkaitanBajau
tulah batu bo’aku tulah ungkapan ini disebut apabila seseorang menyebut nama seseorang yg lebih tua dirinya dan ada pertalian keluarga (cth: bapa, datukLing ni tulah batu bo' aku tulah sebelum yo naat oron ma' ni.Dia mengucapkan tulah batu bo' aku tulah sebelum menyebut nama penuh bapanya.adat resam dan yang berkaitanBajau
mudaan io posok syurga ungkapan ini disebut apabila seseorang menyebut nama seseorang yg tlh meninggal dunia. Ungkapan ini bermaksud "semoga arwah/oranmudaan io posok syurga ling ni lapas mekale abar sea' ni ngemban.Dia mengucapkan mudaan io posok syurga (semoga arwah ditempatkan di syurga) apabila mendengar berita kematian rakannya.adat resam dan yang berkaitanBajau

Kembali ke atas