[wa.ni.ta] | وانيتا
Definisi : bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~ genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri; kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[wa.ni.ta] | وانيتا
Definisi : orang perempuan (lebih halus); lw lelaki: kaum ~ golongan orang perempuan. kewanitaan sifat-sifat wanita; perihal wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)