Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (meĀ­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
lebih menyukarkan ialah apabila tiada padanan dapat dicari dalam bahasa Melayu bagi sesuatu kata entri bahasa Thai. Dalam hal ini, dua strategi digunakan. Strategi yang pertama ialah dengan memberikan penjelasan makna kata Thai yang berkenaan tanpa memberikan padanan. Strategi yang kedua ialah dengan meminjam terus kata daripada bahasa Thai ke dalam bahasa Melayu seperti contoh di bawah: จรดพระนังคัล [carot pranakan] น

Kembali ke atas