[a.kaun.tan] | اکاءونتن
Definisi : orang yg mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan dll) kira-kira kewangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi, dll) dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan tersebut dr semasa ke semasa; ~ awam a) akauntan yg memberikan perkhidmatan profesional kpd orang awam; b) akauntan yg menjadi ahli sesebuah badan atau institut akauntan awam; ~ berkanun akauntan terlatih yg menjadi ahli persatuan akauntan profesional bertauliah; ~ kos akauntan yg mengendalikan dan menyimpan segala rekod yg berkaitan dgn kos dan per-belanjaan sesuatu perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.kaun.tan] | اکاءونتن
Definisi : orang yg mengurus, mengawasi atau menyemak hal-hal kewangan sesuatu pejabat, perusahaan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)