[a.ma.ran] | امرن
Definisi : 1. perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras): membuang kerja dgn tidak memberi ~ terlebih dahulu; ~ lisan peringatan keras yg diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.ma.ran] | امرن
Definisi : 1 tugas yg mesti dilaksanakan; perintah. 2 peringatan keras yg diberikan supaya mematuhi arahan: Dia diberi ~ supaya mematuhi disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)