[be.lim.bing] | بليمبيڠ
Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); jenis-jenisnya: ~ batu = ~ manis = ~ sayur = ~ segi, Averrhoa carambola; ~ besi = ~ buluh sj belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dlm masakan), Averrhoa bilimbi dll; 2. bersanding-sanding (menurut panjangnya spt belimbing): awan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.lim.bing] | بليمبيڠ
Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ besi (manis, segi) sj belimbing yg bentuk buahnya bersegi-segi, Averrhoa carambola. ~ buluh (sayur) sj belimbing yg buahnya digunakan dlm masakan, Averrhoa bilimbi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)