[be.ru/] | بروق
Definisi : sj kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina; ~ ekor singa, Macaca silenus; ~ Jepun, Macaca fuscata; ~ kentui, Macaca artoides; ~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum; bagai ~ kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan; berhakim kpd ~ prb meminta hukum kpd orang yg tamak; bertukar ~ dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya; mabuk kerana ~ berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.ru/] | بروق
Definisi : nama sj binatang spt kera yg dpt diajar memanjat kelapa dsb, Macacus memetrinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)