Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : 1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : habis rosak atau hancur sama sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~ dimakan api. membinasakan membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. kebinasaan perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab. pembinasa sesuatu atau orang yg membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasa

Puisi
 

Jantung pisang jangan dipatah,
     Jika patah binasa isi;
Jantung hati badan bertuah,
     Menyelamatkan kamu yang akan pergi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
cuaca yang lembap ฉิ่ ง 1 [ci  ] น simbal kecil ฉิ่ ง 2 [ci  ] ดู เก ฉิบหาย [ci  pha:y] ก 1 (สูญหมด เสียหมด หมดเร็ว) binasa, hilang, lenyap, pupus, hancur: เกิดความฉิบหายในชั่ วพริบตาเดียว binasa dalam sekelip mata 2 (คำด ่ า) celaka: ฉิบหายแล ้ วผมลืมกุญแจ Celaka, aku lupa kunci. ว 3 sangat: เก ่ งฉิบหาย sangat pandai ฉิว [ci  u] ว 1 (เร็ว
Kamus Thai 2.indb
Tuan Haji Ham- dan sedang bersyarah tentang ciri-ciri bahasa Melayu dialek Pattani. 2 meng­ huraikan: นักเคมีจากออสเตรเลียได ้ บรรยาย สูตรเคมีชีวภาพ Ahli kimia Australia telah menghuraikan formula biokimia. บรรลัย [banlai] ก binasa, celaka, mus- nah: เมื่ อมหาอำนาจขัดกัน ชาติเล็ก ๆ ก็บรรลัย Apabila kuasa-kuasa besar dunia tidak seia-sekata, maka binasalah negara- negara kecil. บรรลุ [banlu] ก mencapai: รายได ้ ของ บริษัทในปีนี้ บรรลุเป ่ อหน ้ าผู ้ ใหญ ่ เรา ต ้ องพินอบพิเทา Apabila berada di hada- pan orang tua kita hendaklah bersopan santun. พินัยกรรม [pinaikam] น wasiat พินาศ [pina:t] ว binasa, musnah พินิจ [pinit] ดู พิจารณา พิบัติ [pibat] น bencana พิพากษา [pipa:ksa:] ก menjatuh- kan hukuman: ศาลได ้ พิพากษาจำคุกจำเลย เป็นเวลาสามปี Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap tertuduh itu

Kembali ke atas