Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk kerana makan gadung; b) gila berahi; ~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan = akar ~ tikus sj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~ mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~ seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadung I

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tahu gadung itu mabuk,
     mengapa diratah-ratah?

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
กล ่ อม [kl:m] ก mengulit: คุณย ่ ากำล ั ง กล ่ อมน ้ องให ้ นอน Nenek sedang mengulit adik supaya cepat tidur. กลอย [kl:y] น gadung: คุณแม ่ ซื้ อ ข ้ าวเหนียวกลอยมาจากตลาดสด Emak mem- beli pulut gadung dari pasar. กลัก [klak] น (มีลิ ้ นชัก) kotak: ช ่ วยหยิบ กล ั กไม ้ ขีดไฟให ้ หน

Kembali ke atas