[ha.lau] | هالاو
Definisi : ; menghalau 1. melakukan sesuatu yg mengarahkan binatang menuju ke sesuatu tempat, menggiring: ~ lembu masuk kandang; 2. = menghalaukan mengenyah(kan), mengusir: tangannya bergerak-gerak spt orang ~ nyamuk; maka Maharaja Isap dihalaukan oleh Tun Kecil; penghalauan perihal atau perbuatan menghalau, pengusiran, pengeyahan; penghalau 1. orang yg menghalau; 2. alat utk menghalau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ha.lau] | هالاو
Definisi : ; menghalau 1 mengarahkan binatang spt kerbau, lembu ke sesuatu tempat; menggiring: Ibunya menyuruh dia ~ kambing masuk ke kandang. 2 menyuruh pergi atau keluar dr sesuatu tempat dgn paksa; mengusir: Datuk penghulu telah ~ penghasut itu keluar dr kampungnya. penghalau orang yg menghalau; alat utk menghalau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)