Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin,
Berantonim dengan licin

2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus,
Berantonim dengan halus

3. Dalam konteks perabot
bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus,
Berantonim dengan halus

4. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan,
Berantonim dengan sopan

5. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan berat, buruh, kontrak,
Berantonim dengan ringan

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras, besar, parau, garau,
Berantonim dengan lembut

7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,

Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti biawak,
     masakan hilang kesatnya.

Bermaksud :

Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
อถูกถามเรื่ องคู ่ ครอง Dia malu apabila ditanya tentang jodohnya. กระด ้ าง [krada:] ว 1 keras: พฤติกรรม ของเขาค ่ อนข ้ างกระด ้ าง Sikapnya agak keras. 2 kasar: พฤติกรรรมของเขากระด ้ างขึ้ นทุกว ั น Tingkah lakunya semakin hari semakin kasar. 3 (น้ำ) liat: อย ่ าซ ั กผ ้ าในน้ำกระด ้ างเพราะ สบู ่ จะไม ่ เกิดฟอง Jangan basuh kain dengan air liat kerana sabun tidak berbuih. กระด ้ างกระเดื่อง
Kamus Thai 2.indb
pegawai pengambilan tentera apabila usianya menjelang tujuh belas tahun. ส ่ าเหล ้ า [sa:lau] น ragi สาก 1 [sa:k] น antan สาก 2 [sa:k] ว 1 kasar: ฉันต ้ องการปูโมเสก เพราะพื้ นบ ้ านนี้ สาก Saya hendak mema­ sang jubin kerana lantai rumah ini kasar. 2 kasap, kesap: หนังตะกวดนั้ นสาก Kulit biawak kasap. สากล [sa:kon] ว antarabangsa: เรือประมง ของไทยถูกจับในน ่ านน ้ ำสากล Bot nelayan Thai ditangkap di perairan antara- bangsa. สาเก [sa:ke
Kamus Thai 2.indb
59 AM ฉ 126 แฉะ [cε] ดู เฉอะแฉะ โฉ ่ [co:] ก berbau busuk โฉเก [co:ke:] ว tidak jujur โฉ ่ งฉ ่ าง [co:ca:] ว cemerkap, kasar โฉงเฉง [co:ce:] ว bercakap se­ perti mahu bergaduh โฉด [co:t] ว tolol, dungu โฉนด [cano:t] น geran tanah โฉม [co:m] น 1 rupa paras, paras 1 bidang: เด็กคนน ั ้ นมี ความสามารถด ้ านวิทยาศาสตร ์ Budak itu berkebolehan dalam bidang sains. 2 sebelah: ด ้ านขวา sebelah kanan ด ้ าน 2 [da:n] ว kasar: ฝ ่ ามือของเขาด ้ านเพราะ ทำนามานานแล ้ ว Tapak tangannya kasar kerana sudah lama bekerja di sawah. ด ้ าน 3 [da:n] ว tidak aktif: โชคดีที่ ระเบิด ลูกน ั
Kamus Thai 2.indb
membabit- kan: เขาพยายามโยงฉันกับอาชญากรรมนั้ น แต ่ ฉันปฏิเสธเต็มที่ Dia cuba membabitkan saya dengan jenayah itu, tetapi saya menafikannya. โย ่ ง [yo:] ว tinggi renjong โยธา [yo:ta:] น kerja kasar โยน [yo:n] ก melambungkan: เขาโยน ลูกบอลให ้ เพื่ อนร ่ วมทีม Dia melambungkan bola kepada kawan sepasukannya. ใย [yai] น gentian โยคี ใย Kamus Thai 2.indb 307 4

Kembali ke atas