Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lun.tur] | لونتور

Definisi : 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): ke­azaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~; meluntur menjadi atau mulai luntur; melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain; melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu dilunturkan utk mendapatkan kain putih; kelunturan 1. perihal luntur: ia menampak­kan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; pelunturan perihal melunturi atau me­lunturkan; peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk meluntur­kan (memutihkan) kain dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.tur] | لونتور

Definisi : senang keluar (kencing, haid); meluntur meminum ubat utk mencuci perut atau utk menyenangkan buang air; peluntur = ubat ~ ubat pencuci perut (utk menyenangkan buang air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.tur] | لونتور

Definisi : 1 berubah atau turun warnanya (bkn kain, cat dll): Kain batik buatan Kelantan tidak ~. tahan ~ tidak turun warnanya. 2 berubah atau bertukar (bkn keyakinan, pendirian dll). 3 menjadi kurang atau hilang (bkn kasih sayang dll): Cintanya kpd isterinya yg jujur itu tidak akan ~. 4 tidak mujarab lagi (bkn jampi, mantera dll). 5 turun atau menjadi rendah (bkn pangkat, kemegahan dll). melunturkan menyebabkan luntur (bkn warna, keyakinan, kasih sayang dll). peluntur bahan utk melunturkan warna kain dll: serbuk ~ serbuk yg digunakan utk melunturkan warna dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luntur (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan turun, berubah, bertukar, leta, maleh,

2. Dalam konteks semangat
bersinonim dengan hilang, lenyap, luput,

Kata Terbitan : melunturkan, kelunturan,


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
้ เพราะตกเครื่ องบิน Saya tidak dapat meneruskan perjala­ nan kerana ketinggalan kapal terbang. 8 (ตัวหนังสือ) tertinggal: คำนี้ สะกดผิดเพราะ ตัวอักษรตกไปหนึ่ งตัว Ejaan ini salah kera­ na tertinggal satu huruf. 9 (สี) luntur: สีกางเกงยีนตัวนั ้ นตก Warna seluar jean itu sudah luntur. ตกกระ [-kra] ก berjeragat: เมื่ ออายุของ สายัณห ์ ย ่ างเข ้ า 45 ปีหน ้ าเขาก็เริ ่ มตกกระ Se­ telah usia Sayan mencecah 45 tahun, mukanya pun mula berjeragat
Kamus Thai 2.indb
ความมานะ [-ma:na] ดู ความพยายาม ความมุ ่ งมั ่ น [-muman] น ketekunan: ความมุ ่ งม ั ่นในการศึกษาเล ่ าเรียนของเขาไม ่ เคย ลดลงเลย Ketekunannya dalam menun- tut ilmu tidak pernah luntur. ความมุ ่ งหมาย [-muma:i] น 1 tujuan: ความมุ ่ งหมายของการมากรุงเทพฯของเราคือ เพื่ อประชุมเชิงปฏิบ ั ติการ Tujuan kami ke Bangkok adalah untuk berbengkel. 2 objektif: ความมุ ่ งหมายของการประชุม เชิงปฏิบ ั ติการคร

Kembali ke atas