[man.te.ra] | منترا
Definisi : kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk sesuatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[man.te.ra] | منترا
Definisi : kata-kata yg diucapkan utk mendapatkan sesuatu dgn kuasa ghaib; jampi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)