Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampar, menempeleng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg koyak atau sobek), me­nam­pal: bakul yg tembus ditampung dgn mengkuang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampung
Kata Terbitan : menampung, penampungan, penampung,


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
sangat wajar kamus dwibahasa bahasa Thai-bahasa Melayu disusun hasil kerjasama dua organisasi ini iaitu DBP dan PSU. Oleh yang demikian, bagi saya kerja menghasilkan teks rujukan begitu penting untuk menampung keperluan pembelajaran bahasa Melayu bagi pelajar, pengajar dan masyarakat umum di Thailand. Usaha ini patut diberikan penghargaan yang setinggi-tingginya. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang

Kembali ke atas