Definisi : 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberitahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menyenangkan) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)