Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Kecil umpan besar ikan.

Bermaksud :

Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
kata kerja, sedangkan padanan yang paling hampir dalam bahasa Melayu yang dapat diberikan ialah kata adjektif. Sesungguhnya pengalaman menyusun Kamus Thai-Melayu ini memang unik dan menarik kerana penyusun yang menghasilkan kamus ini terdiri daripada pakar bahasa Thai yang tidak mengetahui bahasa Melayu, dan pakar bahasa Melayu yang tidak memahami atau mengetahui bahasa Thai. Yang menjadi jambatan komunikasi untuk merungkaikan segala 311 entri ini dapat membantu memenuhi hasrat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar Thai, terutamanya yang berketurunan Melayu. Sesungguhnya masih banyak lagi ruang penambahbaikan terhadap usaha pertama kami untuk menghasilkan Kamus Thai-Melayu yang jauh lebih lengkap. Dengan itu, sebarang pandangan dan komen amat dialu-alukan untuk edisi akan datang. Hajah Noresah Baharom Ketua Editor 2008 Kamus Thai 2.indb

Kembali ke atas