Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak di­kerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kia­mat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tum­buhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sung­guh-sungguh sebelum melakukan sesuatu me­nurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padang­nya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagi­kan sesuka hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dang] | ڤادڠ

Definisi : kawasan tanah yg luas dan tidak ditumbuhi pokok; tanah yg lapang. ~ bola padang tempat bermain bola. ~ jarak ~ tekukur kawasan yg luas yg ditinggalkan. ~ mahsyar padang tempat sekalian makhluk Allah berhimpun di akhirat kelak. ~ minyak kawasan tanah yg ada petroleum di dlmnya. ~ pasir kawasan yg tidak ditumbuhi apa-apa kecuali dipenuhi pasir saja. ~ ragut padang yg ditumbuhi rumput tempat lembu, kambing dsb meragut rumput. ~ rumput padang yg hanya ditumbuhi rumput. ~ tembak kawasan tempat berlatih menembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padang (kata nama)
Bersinonim dengan gelanggang, litar, stadium, arena; lapangan, dataran, halaman, alun-alun, tanah lapang; kancah, medan.,

Puisi
 

Rumput padang tumbuh di padang,
     Sayang keduduk tidak berbunga;
Asal dagang pulang ke dagang,
     Kalau duduk tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Bagai berseru di padang pasir.

Bermaksud :

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
Cua- ca hari ini panas. รอบ [r:p] น 1 ( กีฬา ) pusingan 2 (เวลา) sebelah ลน 3 pusingan: นักฟุตบอลวิ่ งรอบ สนามสองรอบก ่ อนฝึกซ ้ อม Pemain bola sepak berlari mengelilingi padang se- banyak dua pusingan padang sebelum memulakan latihan. รอบก ่ อนรองชนะเลิศ [-k:nr:ca- nal:t] ว pusingan suku akhir รอบเช ้ า [-ca :w] ว sebelah pagi รอบบ ่ าย [-ba:y] ว
Kamus Thai 2.indb
แซ ่ ซ ้ อง [-s:] ก melaungkan sanju­ ngan: ประชาชนที่ รวมตัวกันในสนามได ้ แซ ่ ซ ้ องด ้ วยคำว ่ า“เมอร ์ เดกา” Orang yang berkumpul di padang itu melaungkan sanjungan dengan perkataan “mer­ deka”. แซง [sε:] ก memotong: อุบัติเหตุนั้ นเกิด ขึ้ นที่ เขตห ้ ามแซง Kemalangan itu berlaku di kawasan larangan memotong. แซม [sε:m] ก tok] ก 1 jatuh: หนังสือของคุณครูตก ลงบนพื้ น Buku cikgu jatuh ke lantai. 2 (ฝน) turun: ฝนตกขณะที่ เด็ก ๆ วิ ่ งในสนาม Hujan turun waktu budak-budak se­ dang berlari di padang. 3 (ตะวัน) ter- benam: ตะวันตกแล ้ วแต ่ คุณพ ่ อก็ยังไม ่ กลับ Matahari sudah terbenam tetapi ayah masih belum pulang. 4 (การสอบ) ga- gal: ผู ้ สมัครสอบจำนวนมากสอบตกในการ สอบคัดเลือกเข ้
Kamus Thai 2.indb
่ างนี้ Sila rujuk nota kaki di bawah. ข ้ างหน ้ า [-na:] บ di depan: ข ้ างหน ้ าบ ้ าน ม ีสนาม Di depan rumah ada padang. ข ้ างหนึ ่ ง [-n] น sebelah: ร ้ องเท ้ าอีกข ้ าง หนึ่ งของฉ ั นอยู ่ ที่ ไหน Di mana kasut saya sebelah lagi? ข ้ Ular sawa itu te- lah membaham seekor kambing. เขยก [kaye:k] ก terdengkot-deng- kot: น ั กฟุตบอลคนน ั ้นเขยก ๆ ออกจากสนาม Pemain bola sepak itu terdengkot- dengkot keluar dari padang. เขย ่ ง [kaye:] ก menjengketkan: เขาเขย ่ งเท ้ าเพื่ อหยิบของบนหล ั งตู ้ Dia men- jengketkan kakinya untuk mengambil barang di atas almari itu. เขย ่ า
Kamus Thai 2.indb
pengawal diraja ter- cegat di hadapan pintu istana. ผจญ [pacon] ก menghadapi, me- nempuhi: ทหารไทยต ้ องผจญกับอากาศที่ ร ้ อนระอุในทะเลทราย Tentera Thai terpak­sa menghadapi cuaca yang sangat panas di padang pasir. ผจญภัย [-pai] ก mengembara: เขาผจญภัยไปจนถึงชายแดนประเทศจีน Dia mengembara sehingga ke sempadan China. ผด [pot] น ruam: คุณแม ่ ทั้ งหลายต ้ อง ระวังลูกเล็ก ๆ จากการเป็นผด Para ibu mesti menjaga bayi

Kembali ke atas